



Klinik Al-Fatah Parit Raja ialah klinik perubatan swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan moden dan menyeluruh kepada komuniti Parit Raja, Batu Pahat dan kawasan sekitarnya sejak tahun 2024.
Perkhidmatan utama kami :
• Rawatan kesihatan am dan penyakit kronik
• Rawatan lutut dan sakit sendi
• ENT (Ear, Nose & Throat)
• Ultrasound kehamilan 2D dan 5D
• Prosedur berkhatan
• Pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal
Kenapa pilih Klinik Al-Fatah?
• Doktor berpengalaman
• Kemudahan moden dan selesa
• Perkhidmatan mesra pesakit
• Operasi setiap hari termasuk hujung minggu


Wellness Al-Fatah Parit Raja ialah sebahagian daripada rangkaian Klinik Al-Fatah, beroperasi di bawah pengurusan yang sama dan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ditubuhkan bagi memenuhi keperluan kesihatan moden yang menekankan pencegahan, gaya hidup sihat, dan rawatan pemulihan, Wellness Al-Fatah menjadi pusat sehenti (one-stop wellness hub) untuk kesihatan menyeluruh.
Fokus utama kami adalah membantu komuniti sekitar Parit Raja, Sri Gading dan Batu Pahat mencapai kesejahteraan melalui program saringan, konsultasi, dan rawatan berasaskan bukti perubatan.


Pusat Terapi Islam Holistik Al-Fatah Parit Raja merupakan pusat rawatan yang memfokuskan pendekatan penyembuhan berlandaskan nilai Islam serta kaedah terapi semula jadi. Kami menggabungkan rawatan rohani dan fizikal secara menyeluruh bagi membantu individu yang berdepan gangguan emosi, tekanan hidup, serta masalah kesihatan tertentu agar kembali tenang dan seimbang.
Dengan suasana yang selesa, privasi terjaga dan bimbingan yang beretika, pusat ini komited membantu masyarakat mendapatkan rawatan yang selamat, berhemah dan berteraskan prinsip syariah. Kami percaya kesihatan sebenar bukan sekadar bebas daripada sakit, tetapi mencapai ketenangan jiwa dan kesejahteraan hidup secara menyeluruh.


PESAKIT YANG TELAH DIRAWAT
KAKITANGAN
RATING
KEPUASAN PELANGGAN















Ya, klinik kami ada menyediakan servis penurunan berat badan di bahagian Pusat Kecantikan Al-Fatah
Klinik kami menerima kes kecemasan ringan. Untuk kes yang lebih serius, kami akan segera rujuk anda ke hospital berdekatan.
Ya, kami ada menyediakan prosedur pembedahan kecil seperti jahitan luka, buang ketulan kecil (lumps), cuci luka, dan prosedur lain yang tidak memerlukan masuk ke hospital.
Ya, klinik kami beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Ya, anda boleh terus walk-in ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun, kami juga menyediakan pilihan untuk tempahan temujanji bagi memudahkan urusan anda, mengurangkan masa menunggu, serta memastikan slot rawatan tersedia mengikut keselesaan anda.
Ya, kami menerima bayaran secara tunai, kad debit/kredit, serta e-wallet yang terpilih.

© Copyright 2026. ZULIHASDI BIN ZULKIFFLI's Account. All Rights Reserved.